Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Program Tazkira 30 minit bersama Ustazah Hajjah Muzayyanah Haji Abdullah sebentar tadi.
Berikut merupakan intipati yang telah diberikan oleh ustazah dalam sesi tazkirah tersebut. Semoga catatan ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
10 Pesanan Buat Wanita Solehah
Bangun awal sebelum Subuh, 4 a.m Club. Perbanyakkan solat sunat, muhasabah diri.
Curi waktu 15 minit / Isikan waktu sekurang-kurangnya 15 minit dengan majlis Ilmu. Cari video yang bertepatan dengan masa yang ada. Jangan dengar separuh-separuh.
Solat Dhuha jangan tinggal - Cari Redha Allah.
Sentiasa solat di awal waktu - membelai jiwa dan jadikan diri kita orang yang baharu. Khusyuk itu ada bila kita menunggu waktu.
Pakaian bersih dan patuh syariah - elakkan Tabarruj, berhias yang melampau-lampau. Elakkan tarik perhatian lelaki. Wanita yang suka nampak lain dari yang lain adalag wanita yang "something wrong somewhere".
Keutamaan hidup adalah Allah, Rasul dan suami - atas nama kerja macam mana pun, elakkan berdua-duaan. Walau atas dasar profesional. Berdua lelaki dan wanita yang bukan mahram di tengah-tengahnya adalah Syaitan.
Bersih hati dan kekal niat ingin bertemu semua sahabat dalam syurga walau ada yang menyakitkan hati kita. Mata biarlah nampak yang baik-baik pada orang lain.
Sentiasa ber- "Me-Time" dengan Al-Quran. 1 hari tadabbur dengan 1 ayat.
Sentiasa sangka baik dengan orang (Hamba Allah) dan Allah itu sendiri.
Sentiasa upgrade Iman dan takwa serta kecantikan diri - bedaknya adalah wuduk. Lipstiknya adalah zikrullah. Perhiasannya ialah akhlak yang indah.
Semoga Bermanfaat
Terima kasih atas sokongan anda terhadap PISKANITA UniMAP