Sumber kewangan Persatuan ini adalah daripada:

1. Yuran Masuk Dan Yuran Tahunan

a. Yuran masuk dan yuran tahunan yang dikenakan seperti berikut:

i) Ahli Biasa - Yuran Masuk RM10.00(Ringgit Malaysia: Sepuluh)

ii) Ahli Bersekutu - Yuran Masuk RM10.00 (Ringgit Malaysia :Sepuluh) * Yuran tahunan kedua-dua keahlian RM50 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh)

b. Kesemua yuran tahunan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 28 Februari setiap tahun.

c. Yuran boleh dibayar secara:

i. Tunai kepada Bendahari,

ii. Tunai ke akaun bank PISKANITA;

iii. Potongan gaji melalui Bendahari UniMAP bagi kakitangan wanita yang sedang berkhidmat.

d. Ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan lebih daripada dua (2) tahun berturut-turut daripada tempoh yang ditetapkan di perenggan (b) akan dihantar surat peringatan oleh Setiausaha atau wakilnya. Jika tidak dibayar juga, maka hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai seorang ahli sehingga hutangnya dibayar.

e. Ahli yang berhutang yuran tahunannya melebihi tiga (3) tahun berturut-turut daripada tempoh yang ditetapkan di perenggan (b) akan dengan sendirinya gugur daripada menjadi ahli.

f. Kadar yuran bagi Ahli Biasa yang ingin membayar yuran sekaligus semasa permohonan menjadi ahli adalah seperti berikut:

i. Gred 26 ke bawah RM 150.00

ii. Gred 27 hingga 40 RM 180.00

iii. Gred 41 hingga 45 RM 200.00 iv. Gred 48 ke atas RM 250.00

Ahli yang membayar yuran sekaligus tidak lagi tertakluk kepada yuran tahunan.

g. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

h. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Jawatankuasa.

2. Sumbangan / Derma Persatuan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan atau membuat kutipan derma dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan atau kutipan derma berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan persatuan.

3. Kegiatan Ekonomi

Persatuan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.