PENGAGIHAN PEK RAMADAN/SYAWAL 2021 Piskanita Universiti Malaysia Perlis bersama 3RD FORCE PERLIS.
FASA 1: TAMBUN TULANG, 22 April 2021 (Khamis), 3.45-5.00 petang
~ 20 keluarga asnaf
Hari ini 10 orang sukarelawan PISKANITA bersama 6 orang sukarelawan TF PERLIS dan Briged Bakti Malaysia Perlis (BBMNPs) mengagihkan sumbangan Pek Ramadan/Syawal kepada 20 keluarga yang layak menerima bantuan ini. Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan dan ditemani oleh wakil Amil yang diketuai oleh Amil En Shukur dalam menyantuni setiap asnaf dari rumah ke rumah. Pek Ramadan/Syawal ini terdiri dari makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula, milo, susu, kicap, dan pelbagai lagi termasuk kurma dan biskut-biskut raya.
Program Pek Ramadan/Syawal bagi fasa 1 ini adalah hasil dari sumbangan orang ramai melalui 3rd Force Perlis dan PISKANITA ke akaun PISKANITA. Manakala BBMNPs pula menyertai gelombang baik-baik ini dengan menyumbang 20 kotak kurma turut membantu semasa agihan.
Semasa lawatan, para penerima mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kerana dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga dalam melewati bulan barakah Ramadan ini. Para penerima juga bersama-sama sukarelawan mendoakan agar para penyumbang dimurahkan rezeki dan diberkati dunia akhirat. Amiiiiin.
InsyaAllah kita akan meneruskan misi agihan pek ini kepada 80 keluarga lagi dalam senarai awal kita, namun ianya bergantung kepada jumlah sumbangan yang kita terima kelak.
Kepada yang ingin terus menyumbang boleh berbuat demikian ke akaun PISKANITA seperti yang tertera;
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
09010010045743
TETUAN PISKANITA UNIMAP
Butiran “TF Pek Ramadan”
.
Bagi memudahkan urusan, penyumbang boleh memasukkan info sumbangan (tanpa nama) ke pautan berikut atau hubungi wakil kami.
Jom jadi orang baik-baik.