Misi Sumbangan TUNAI untuk "PEK RAMADAN PEK SYAWAL 2021".
Assalamualaikum sahabat sekalian...Ramadan Kareem kini kembali bertamu, dan kami pasti ramai yang sedang pulun habis-habisan untuk meraih keberkatan dan kemuliaan pada bulan ini. Bulan yang dijanjikan Allah penuh dengan pengampunan dan pahala digandakan.
.
PISKANITA UniMAP mengambil kesempatan dan keberkatan Ramadan 1442H mempelawa penyumbang yang dermawan untuk turut sama menjayakan Misi Sumbangan TUNAI untuk "PEK RAMADAN PEK SYAWAL 2021". Mari menyumbang sekadar kemampuan kita. Semoga sumbangan kita akan dilihat oleh Allah SWT. Misi Sumbangan TUNAI ini merupakan kerjasama diantara PISKANITA UniMAP dan 3rd Force Perlis.
Kepada penyumbang yang dermawan bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun rasmi PISKANITA UniMAP :
Akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 09010010045743 (PISKANITA UniMAP)
Segala rekod pembayaran bolehlah diletakkan di pautan berikut: https://forms.gle/8xbPMp4Xxfd6Hnws8
Mohon diletakkan rujukan (Pek R&S) dan di masukkan emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Pn. Hidayah (019-2788697) Jejawi
Pn. Ami (010-8148545) Kangar
Pn. Mauwal (0 17-580 3616) Pauh
Ayuh bersama-sama kita menyumbang seikhlas hati, meringankan beban buat yang memerlukan dan membawa amal jariah buat bekal di akhirat kelak.
Salam tulus ikhlas dari PISKANITA UniMAP.
Sekian, terima kasih