Sumber kewangan Persatuan ini adalah daripada:

1. Yuran Masuk Dan Yuran Tahunan

a. Yuran masuk dan yuran tahunan yang dikenakan seperti berikut:

i) Ahli Biasa - Yuran Masuk RM10.00(Ringgit Malaysia: Sepuluh)

ii) Ahli Bersekutu - Yuran Masuk RM10.00 (Ringgit Malaysia :Sepuluh) * Yuran tahunan kedua-dua keahlian RM50 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh)

b. Kesemua yuran tahunan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 28 Februari setiap tahun.

c. Yuran boleh dibayar secara:

i. Tunai kepada Bendahari,

ii. Tunai ke akaun bank PISKANITA;

iii. Potongan gaji melalui Bendahari UniMAP bagi kakitangan wanita yang sedang berkhidmat.

d. Ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan lebih daripada dua (2) tahun berturut-turut daripada tempoh yang ditetapkan di perenggan (b) akan dihantar surat peringatan oleh Setiausaha atau wakilnya. Jika tidak dibayar juga, maka hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai seorang ahli sehingga hutangnya dibayar.

e. Ahli yang berhutang yuran tahunannya melebihi tiga (3) tahun berturut-turut daripada tempoh yang ditetapkan di perenggan (b) akan dengan sendirinya gugur daripada menjadi ahli.

f. Kadar yuran bagi Ahli Biasa yang ingin membayar yuran sekaligus semasa permohonan menjadi ahli adalah seperti berikut:

i. Gred 26 ke bawah RM 150.00

ii. Gred 27 hingga 40 RM 180.00

iii. Gred 41 hingga 45 RM 200.00 iv. Gred 48 ke atas RM 250.00

Ahli yang membayar yuran sekaligus tidak lagi tertakluk kepada yuran tahunan.

g. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

h. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Jawatankuasa.

2. Sumbangan / Derma Persatuan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan atau membuat kutipan derma dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan atau kutipan derma berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan persatuan.

3. Kegiatan Ekonomi

Persatuan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

 

Keterangan

Rekabentuk logo adalah berdasarkan perkataan PISKANITA singkatan daripada Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita Universiti Malaysia Perlis dan logo ini terbahagi kepada 3 warna, Biru, Kuning dan Perak melambangkan warna korporat Universiti. Logo ini juga terdapat logo rasmi UniMAP.

Warna Biru:

Melambangkan perpaduan, persefahaman, kesepakatan dan muafakat.

Warna Kuning:

Melambangkan keluhuran, ketaatan dan kecemerlangan.

Warna Kelabu/Perak:

Melambangkan profesionalisme.

Bunga:

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan Negara

Menjalinkan hubungan serta kerjasama dengan individu dan badan-badan lain yang sesuai dengan matlamat Persatuan

Menganjur dan melaksanakan kegiatan-kegiatan dalam segala bidang seperti bidang sosial, sukan, rekreasi dan kebajikan

Melaksanakan program dan aktiviti berkaitan dengan bidang kebajikan dan kemasyarakatan

Menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri

Membantu dan berusaha meninggikan imej serta nama baik ahli dan kaum wanita secara keseluruhannya

Kriteria keahlian Persatuan adalah seperti berikut:


Ahli Biasa Terdiri daripada:

  • Staf wanita yang berkhidmat di UniMAP
  • Isteri kepada staf yang berkhidmat di UniMAP
  • Warganegara Malaysia
  • Membayar yuran masuk dan yuran keahlian.


Ahli Bersekutu Terdiri daripada:

  • Staf wanita bukan Warganegara Malaysia yang berkhidmat di UniMAP
  • Isteri kepada staf bukan Warganegara Malaysia yang berkhidmat di UniMAP
  • Staf wanita atau isteri kepada staf yang berkhidmat secara pinjaman di UniMAP
  • Membayar yuran masuk dan yuran keahlian.
  • Ahli Bersekutu berhak untuk menikmati semua keistimewaan sebagai ahli
  • Persatuan tetapi tidak berhak mengundi dan memegang jawatan dalam PISKANITA.


Ahli Kehormat Terdiri daripada:

  • Terdiri daripada seseorang yang telah memberikan sumbangan kepada Persatuan dan dapat membantu mencapai matlamat Persatuan.
  • Jawatankuasa boleh melantik Ahli Kehormat dan keahlian ini dikecualikan daripada bayaran masuk dan yuran bulanan dan berhak untuk menikmati semua keistimewaan sebagai ahli Persatuan tetapi tidak berhak untuk mengundi dan memegang jawatan dalam Persatuan.
  • Tempoh lantikan Ahli Kehormat adalah mengikut budi bicara Jawatankuasa.
  • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan sebarang sebab.
  • Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, setelah membayar yuran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan, diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

Carta Organisasi